Kami di Nur menyediakan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan khususnya untuk golongan wanita. Terdapat juga produk yang sesuai untuk golongan lelaki. Secara amnya produk kecantikan dan kesihatan akan lebih tertumpu kepada golongan wanita, kerana lumrah wanita itu ingin sentiasa kelihatan cantik. Tetapi kini, golongan lelaki juga tidak ketinggalan dalam menjaga penampilan agar kelihatan lebih yakin dengan imej dirinya. Maka tidak hairanlah jika mereka sanggup berbelanja lebih demi untuk kepuasan diri di samping untuk tujuan lainnya iaitu dalam mencari pasangan hidup. Memang tidak dinafikan kini ramai yang lebih memilih kecantikan fizikal dalam memilih pasangan, maka golongan wanita terutamanya lebih mengutamakan kecantikan fizikal ini agar kelihatan lebih menarik dipandang. Walaupun sebenarnya cantik itu adalah merupakan sesuatu yang subjektif, bergantung kepada setiap individu untuk menilainya. Namun, yang lebih penting adalah kesihatan dan kecantikan dalaman. Barulah ia akan terpancar dan dilihat dari luaran atau fizikal. Individu yang cantik tidak semestinya sihat. Anda perlu ingat, kesihatan dan kecantikan perlulah seiring.
Disebabkan terlalu ramai yang ingin kelihatan atau obses untuk kelihatan cantik, maka mereka sanggup mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang belum tentu menjamin hasil yag memuaskan. Kadang-kadang terdapat produk yang berada di pasaran tidak memenuhi prosedur kesihatan atau tidak melepasi ujian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pengguna produk tersebut. Perlu diingat bukan semua produk boleh digunakan sesuka hati, anda perlu selidiki dahulu latar belakang atau mengkaji bahan-bahan yang digunakan supaya tidak mendatangkan mudarat di kemudian hari.
Oleh itu, kami di Nur dengan penuh kesedaran akan memastikan semua produk yang ditawarkan adalah terpilih dan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang disebutkan tadi. Semua pelanggan boleh memilih produk-produk yang anda kehendaki sesuai dengan citarasa ataupun yang berkaitan dengan masalah yang anda hadapi. Anda boleh membuat pilihan sendiri atau anda boleh mendapatkan nasihat kami dan kami akan cuba memberi cadangan produk yang bersesuaian dengan anda.
Pembelian produk di Nur adalah secara online, dan kami akan cuba membuat penghantaran dengan segera setelah tempahan dibuat. Untuk tempahan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi nombor yang tertera atau melalui e-mel di bawah :
Whatsapp : 017-5240739 (Nor Mahsuri)
E-mel : normahsurinordin@gmail.com
No comments:
Post a Comment